dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felcra Sungai Ara, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas E-Learning: Astro Tutor TV UPSR

11 Jun 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Jun 2017, telah diadakan satu kelas E-Learning: Astro Tutor TV UPSR yang telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah dihadiri oleh pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Felcra Sungai Ara (SKFSA). Tujuan Kelas E-Learning: Astro Tutor TV UPSR ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan cara membuat latihan dan mengulang kaji pelajaran secara atas talian. Manfaat yang akan didapati di dalam Kelas E-Learning ini, mereka tahu cara untuk membuat latihan secara atas talian dengan menggunakan internet sebagai sumber rujukan.

Dengan adanya kemudahan internet ini, akan memudahkan mereka untuk mecari pelbagai jenis latihan yang berkaitan dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Selain itu, mereka juga boleh melihat tahap kefahaman mereka dalam sesebuah subjek selepas selesai membuat latihan di Astro Tutor TV UPSR dengan melihat jumlah markah yang di perolehi. Dengan ini, pembelajaran di atas talian ini sangat membantu dalam meningkatkan kefahaman pelajar jika ianya digunakan dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.