dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felcra Sungai Ara, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Softskill

04 November 2017 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 03 November 2017 telah diadakan satu Kelas Softskill yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Tujuan kelas softskill ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan pendedahan berkaitan dengan cara yang betul dalam mengandalikan kit pertolongan cemas. Mereka di berikan penerangan berkaitan dengan ubat-ubat dan peralatan yang berada di dalam kit yang telah disediakan.

Dalam masa yang sama, dua orang ahli PI telah mengalami kecederaan akibat kemalangan kecil di hadapan PI. Staf PI menunjukan cara yang betul bagi membersihkan darah dan juga cara meletakan ubat yang betul pada bahagian yang cedera. Setelah selesai mecuci darah dan meletakan ubat, bahagian yang cedera perlu dibalut sementara menunggu masa untuk ke klinik yang berhampiran. Mereka telah di ingatkan agar sentiasa berhati-hati terutamanya ketika berada di atas jalan raya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.