MAHIR Masak
14 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 13 Ogos 2025, telah diadakan Kelas MAHIR Masak secara dalam talian yang berlangsung di NADI Felcra Sungai Ara. Kelas pada kali ini memberi fokus kepada topik minuman popular, iaitu kopi. Dalam sesi pembelajaran kali ini, peserta diberikan penerangan mendalam berkaitan kopi, termasuklah pengenalan kepada jenis-jenis kopi yang terdapat di pasaran serta ciri-ciri istimewa setiap jenis.
Selain itu, peserta turut diberikan penerangan mengenai resepi berasaskan kopi yang mudah disediakan sama ada untuk hidangan sendiri mahupun sebagai idea perniagaan kecil. Kelas ini bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan peserta tentang dunia kopi, malah meningkatkan kemahiran mereka dalam menyediakan minuman kopi yang lebih kreatif dan menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: