Webinar Cybersecurity Manipulasi Siber - Bagaimana Penjenayah Mengeksploitasi Anda

18 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mei 2025, satu Webinar Cybersecurity bertajuk Manipulasi Siber: Bagaimana Penjenayah Mengeksploitasi Anda telah diadakan secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang taktik manipulasi siber yang digunakan oleh penjenayah untuk memperdaya dan mengeksploitasi mangsa terutamanya melalui media sosial, e-mel dan aplikasi mesej.

Sepanjang webinar, penceramah berkongsi pelbagai teknik yang biasa digunakan dalam serangan sosial kejuruteraan seperti penyamaran identiti, pemalsuan mesej, dan penipuan dalam talian. Peserta turut didedahkan kepada tanda-tanda amaran dan cara untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa manipulasi digital. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh kesedaran serta keupayaan pengguna internet untuk berhadapan dengan ancaman siber masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali