Program Merdeka dan Hari Malaysia di NADI
8 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 7 September 2025, telah diadakan Program Merdeka dan Hari Malaysia di NADI Felcra Sungai Ara. Program ini berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang dengan pelbagai aktiviti menarik yang disusun khas untuk menghayati semangat kemerdekaan.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, kuiz teka silang kata bertemakan kemerdekaan, serta tayangan video kemerdekaan yang memaparkan sejarah perjuangan negara. Selain itu, turut diadakan sesi siaran langsung (LIVE) bersama Menteri Komunikasi. Program turut dimeriahkan dengan pertandingan masakan bertemakan rendang, yang menambahkan lagi suasana kekeluargaan dan keterlibatan komuniti setempat.
Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja berjaya menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan tanah air, malah mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara komuniti. Penganjuran aktiviti-aktiviti tersebut telah memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk menyambut Merdeka dan Hari Malaysia dalam suasana penuh meriah dan bermakna.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: