Webinar Kempen Internet Selamat - Penipuan Cinta

18 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 17 September 2025, telah diadakan satu webinar Kempen Internet Selamat: Penipuan Cinta yang berlangsung secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara. Webinar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai bahaya penipuan cinta yang semakin berleluasa di media sosial dan platform komunikasi dalam talian.

Dalam sesi ini, peserta diberi penerangan tentang taktik yang sering digunakan oleh penipu cinta, cara mengenal pasti tanda-tanda amaran, serta langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. Selain itu, penceramah turut berkongsi kisah benar dan pengalaman mangsa penipuan cinta sebagai pengajaran kepada semua.

Melalui penganjuran webinar ini, para peserta dapat meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan keupayaan melindungi diri daripada ancaman penipuan cinta di alam maya. Program ini juga berjaya mencapai objektifnya untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan berwaspada dan beretika ketika menggunakan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali