Webinar Cybersecurity - Lindung Identiti Digital Anda

14 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Jun 2025, satu webinar Cybersecurity bertajuk Lindung Identiti Digital Anda telah diadakan secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara. Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan melindungi maklumat peribadi dalam talian serta cara-cara mencegah kecurian identiti digital. Antara topik yang disentuh termasuk penggunaan kata laluan yang selamat, amaran terhadap pautan mencurigakan, dan langkah keselamatan akaun. Program ini telah membantu meningkatkan kesedaran keselamatan digital dalam kalangan komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali