Webinar Kempen Internet - Check Out atau Check Dulu?
5 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 4 Julai 2026, telah diadakan Webinar Kempen Internet Selamat bertajuk Check Out atau Check Dulu? yang berlangsung secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai amalan penggunaan internet yang selamat, khususnya ketika membuat pembelian secara dalam talian.
Sepanjang webinar, peserta didedahkan kepada langkah-langkah mengenal pasti platform jualan yang dipercayai, menyemak kesahihan penjual, membandingkan harga, membaca ulasan pelanggan serta memastikan kaedah pembayaran yang digunakan adalah selamat. Penceramah turut berkongsi pelbagai contoh taktik penipuan dalam talian yang sering digunakan oleh scammer serta cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.
Selain itu, peserta diingatkan agar sentiasa membuat semakan sebelum membuat sebarang pembelian, tidak mudah terpengaruh dengan tawaran yang terlalu murah, serta menjaga kerahsiaan maklumat peribadi dan perbankan ketika berurusan secara dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: