Live Webinar Kidsventure – Operasi Perniagaan

7 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Jun 2026, telah diadakan Live Webinar Kidsventure – Operasi Perniagaan secara atas talian di NADI Felcra Sungai Ara. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan asas pengurusan dan operasi perniagaan kepada peserta, khususnya golongan kanak-kanak dan remaja, melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan mudah difahami.

Sepanjang webinar, peserta didedahkan kepada konsep operasi perniagaan seperti pengurusan produk, perkhidmatan pelanggan, kawalan stok, pemasaran, serta kepentingan perancangan dalam memastikan sesebuah perniagaan dapat beroperasi dengan lancar. Penceramah turut berkongsi contoh situasi sebenar bagi membantu peserta memahami proses pengurusan perniagaan dengan lebih jelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali