Kempen Internet Selamat - Cyber Trap: Rahsia Di Sebalik Skrin

7 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Jun 2026, telah diadakan Kempen Internet Selamat bertajuk Cyber Trap: Rahsia Di Sebalik Skrin secara atas talian di NADI Felcra Sungai Ara. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai ancaman keselamatan siber yang semakin berleluasa serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri ketika menggunakan internet.

Sepanjang sesi webinar, peserta didedahkan kepada pelbagai bentuk jenayah siber seperti penipuan dalam talian (scam), pancingan data (phishing), pencurian identiti, penyebaran maklumat palsu, dan risiko berkongsi maklumat peribadi di media sosial. Penceramah turut berkongsi tips keselamatan seperti penggunaan kata laluan yang kukuh, pengaktifan pengesahan dua faktor (2FA), serta cara mengenal pasti laman web dan mesej yang mencurigakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali